Apakah stress ???
Stress terdiri daripada tekanan, bebanan, konflik, keletihan, panik dan kemurungan. Stress boleh berlaku kepada mana-mana individu jika keperluan adalah melebihi keupayaannya. Faktor-faktor
- perwatakan
- impian terlalu tinggi
- pemikiran individu
- kecelaruan personaliti
- kelemahan komunikasi
- keperluan dan kemahuan tidak dituruti
Langkah-langkah mengatasi STRESS
1) Dekatkan diri dengan Allah SWT
jaga amalan ( besar dan kecil )
Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud: “Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 148)
3) Melihat kedamaian dan ketenangan ciptaan Allah SWT.
4) Berkongsi dengan sahabat
- melakukan aktiviti bersama sahabat
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
"Tidak sempurna seseorang insan daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
( HR Al-Bukhari dan Muslim)
5) Sentiasa mengamalkan senyuman
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).” – Hadis riwayat Muslim)
6) Memohon maaf dan memaafkan
Rasulullah S.A.W bersabda:
Akhlak penghuni dunia dan Akhirat yang utama:
Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan
dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu,
...
Hendaklah engkau memberi kepada orang yang tidak mau memberimu
Dan maafkanlah orang yang telah menzhalimimu.
(HR.Ahmad, Al-Hakim)
Akhlak penghuni dunia dan Akhirat yang utama:
Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan
dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu,
...
Hendaklah engkau memberi kepada orang yang tidak mau memberimu
Dan maafkanlah orang yang telah menzhalimimu.
(HR.Ahmad, Al-Hakim)
“Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah An-Nur:22
No comments:
Post a Comment