Sunday, October 9, 2016

.:: CORETAN KEMBALI ::.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah.
Setelah lama tak update blog, baru dapat ingat semula password blog tersayang ni. Akhir post zaman kurus, zaman belajar lagi tu. Sekarang, dah selamat bertugas di SK(P)Bukit Kuda , Klang. Tarikh keramat lapor diri ialah 1 April 2014, cantik kan tarikhnya 01/04/14. Macam-macam dah berlaku sejak akhir update blog ni. Nanti akan saya susuli memori aktiviti setiap tahun sebagai kenangan dan simpanan masa depan. ^^


Gambar hari pertama lapor diri.














Kenangan Temuduga SPP











Sunday, January 29, 2012

.:: JAMBOREE TERENGGANU 2011 ::.

Salam ukhuwah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


lme tidak menulis sebarang entry ..
kali nih merupakan pengalaman pertama dalam hidup mengikuti jamboree Pengakap




Pengalaman mengikuti Jamboree buat pertama kali dalam hidup.. sangat2 bersemangat  + ternanti2 saat menarik itu.  Memang dari awal kami dimaklumkan y kami akan bertugas untuk membantu peserta2 luar Negara.

Sebenarnya, sejak sekolah dulu memang teringin menyertai Jamboree tapi tak dapat peluang memandangkan kawan2 lelaki hanya mementingkan kumpulan pengakap lelaki dan tiada peluang buat pengakap perempuan untuk sama2 join Jamboree.. memang sangat2 terkilan sebab terlepas saat2 Jamboree zaman sekolah. Sampai sekarang pun, masih tak dapat lupakan saat2 kena tinggal dengan kawan2 pengakap lelaki sebab pada fikiran mereka, perempuan menyusahkan  nanti.

19hb Nov 2011
Kami berkumpul seawal jam  6 pagi untuk bertolak ke perhentian di Gerik. Di sana, kami akan menaiki bas bersama2 rakan pengakap Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seramai 11 orang dari IPG Kampus Ipoh dan 7 orang dari IPG Pulau Pinang. Tidak lupa seorang pensyarah yang sangat baik. Puan Mawar. Kami sarapan dan meneruskan perjalanan ke Terengganu. Sampai di Terengganu kira2 jam 2petang. Kami tidak sempat mendaftar, tetapi perlu menukar pakaian uniform lengkap untuk majlis perasmian. Selesai majlis itu, baru kami dapat mendirikan khemah di tapak bahagian petugas. Pada malam hari, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna aktiviti. Adam, Azlan dan saya bersama2 dalam kumpulan PINK. Tugasan pertama kami adalah : menghidangkan makanan bagi peserta luar Negara.

20hb Nov 2011
Kami berkumpul seawal 7.30 pagi di kawasan kantin peserta antarabangsa.
Perasaan masa ini :Keliru, serabut, & blurr
Bagi kumpulan PINK, kami akan mengikuti aktiviti lawatan jejak warisan dan aktiviti permainan tradisional. Pada waktu pagi, kami akan melawat ke tempat2 lawatan mengikut pembahagian bas yang dibahagikan mengikut nombor pada button lawatan. Kmai hanya mampu mengumpulkan kira2 20 peserta luar Negara yang akan mengikuti lawatan. Akhirnya, kami hanya mengikuti sesi lawatan sebagai peserta yang lain. Tetapi, setibanya di kawasan lawatan, kami perlu berada dalam kumpulan 10 orang. Oleh yang demikian, saya mengikuti sekumpulan peserta Indonesia dan 2 orang peserta Malaysia. Pengalaman menarik sebab dapat berkenalan dengan Bayu, seorang peserta dari Tanah Datar, Indonesia. Bayu banyak berkongsi pengalaman hidup yang mana dia masih lagi baru dalam aktiviti PRAMUKA ( PENGAKAP ) dan bercita2 tinggi dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, malahan dapat beramh mesra dengan 2 orang peserta Malaysia, iaitu adik2 sekolah rendah dari Kuala Lipis Pahang. Kebetulan pula telah berjumpa dalam JOTA JOTI di Kuala Lipis baru2 ini. Tak sangka jugak, y adik2 tu kenal rupanya. Selain itu, dapat jugak berjumpa dengan junior sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis. Tak sangka, ada jugak orang yang kenal kite kan.  Berbual panjang dengan adik junior y lg tinggi dri akak senior & sekarang ni dalam Uppersix di SMKC. Bercerita tentang keadaan sekolah dan cikgu2 y masih ada di SMKC.  Pengalaman menarik melawat ke Pasar Payang dalam keadaan hujan.

Aktiviti ke-2, iaitu permainan tradisional pada petang harinya. Kami bawa beberapa peserta luar Negara yang dpt kami kumpulkan masa itu. Kami membawa mereka ke kawasan permainan dan menerangkan aktiviti yang perlu mereka laksanakan. Selesai menguruskan mereka, kami melawat sekitar kem dan keluar ke karnival Jamboree.
Pada malam harinya, kami menghidangkan makanan buat peserta luar Negara. Seperti biasa, mesyuarat dijalankan pada setiap malam. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Negara masing2. Kak Hana dan saya ditugaskan bagi kawasan Medan Indonesia. Kawasan Medan merangkumi beberapa kumpulan seeprti Ponpes dan SMAP Medan. Terdapat 135 orang peserta dari Medan. Kami bertangunggjawab dalam menyampaikan sebarang maklumat dan menjaga kebajikan peserta dari Medan. 

Antara pengalaman menarik sepanjang di Jamboree.
1. Reunion MRSC bersama kumpulan 4. Seronok dapat berjumpa Herry, Joe, Lokman dan berkongsi pengalaman sejak sekian lama tak jumpa lepas MRSC. Joe dengan gaya smart terkini, ajak kami makn bubur di kem kontinjen Kedah.






2. Perkenalan bersama rakan-rakan pengakap dari Luar Negara.
antara rakan yang diingati semestinya dari Medan yang terdiri daripada 135 orang. Antara yang dirindui ialah Kak Yulia, Ka'Mizi, Ka' Sani, Bayu, Mahima dan ramai lagi. 

3. Perkenalan dan persahabatan sesama rakan pengakap IPG..
Semasa program ini, ditugaskan bersama2 K.hana. Masa ni baru dapat rapat dan kenal dengan K.Hana. Memang kami sangat seronok menjalankan tugas bersama2. Macam2 perkara terjadi dan 'perkara; itu yang mengeratkan hubungan dan akan kami ingat sampai bila2. Bergelak, bersedih, berpenat lelah sama2. Masa reunion INDABA dapat pulak jumpa dengan rakan IPG lain. sangat seronok. 










Saturday, December 24, 2011

.:: Puncak KORBU ::.

Salam Ukhuwah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

setelah lama menyepi..
baru sahaja balik daripada Misi Mendaki Gunung Korbu

mungkin post ni agak lewat berbanding tarikh pendakian kami..
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberi kekuatan emosi, rohani dan jasmani bagi mengharungi cabaran Korbu..
SEBELUM PENDAKIAN

Sebenarnya memang pada mulanya  SANGAT BERSEMANGAT untuk mendaki KORBU. Bukan mudah nak dapat peluang macam ini. Pengalaman pertama dalam hidup ni.bukan senang nak dapat.

Tapi apakan daya setiap yang terjadi pastinya mempunyai dugaan tersendiri. Tiba2 rasa BLURR n tak taw nak pergi ke tak. Memang listname da ada, tp still boleh fikir  dulu nak ikut serta ke tak.

Keliru antara nak join ke tak.  Ada beberapa sahabat sarankan join jela, apa masalahnya. Tapi dalam hati ni berat je sebab rasa diri nih tak cukup stamina, manakan tidak latihan jarang2. Dah tu linedance je yang setia membantu. Secara langsung petang2 takde la membuta sebab ada juga aktiviti lain. Ada juga y cakap takkam join  KORBU kalau diri ini tak ikut serta. Akhirnya, kata hati tetap nak join. Dengan bantuan Allah SWT hati ini jitu untuk turut serta.

Persediaan
Setiap aktiviti sememangnya perlukan persediaan. Pada 21hb plan bersama K.Ija n K. Salma nak beli barang2 keperluan untuk pendakian. Memang teruja tapi dalam hati TAKUT jugak. Bukan senang kan. Ujian melanda apabila hujan malam tu. Nasib jumpa seorang pak cik y menjual pelbagai alat2 keperluan. Antaranya harversack + hydropack, pisau, poncho,headlamp n banyak lagi. Kami pakat2 order apa y patut n esok malam baru boleh ambil semuanya. Dah macam rezeki kami n rezeki pakcik tu la.





22hb ( 9 pagi )
Pengagihan barang kumpulan yang terdiri daripada beras, mee segera, sardine, garam + gula, periuk, kuali, khemah dan lain2. Pengagihan secara sama rata n runner ad lebih sikit. Kemudian,saudara Azahari memberi sedikit taklimat serta panduan perjalanan. 




Wednesday, June 8, 2011

.:: 1st Malaysian Rainforest Scout Challenge 2011 ::.

Salam ukhuwah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pengalaman indah berada dalam hutan kira-kira 5 hari 4 malam di Royal Belum, Perak.
1 hb Jun
semua perserta berkumpul di Bukit Merah Laketown Resort.
sesi pendaftaran, pembahagian kumpulan dan perasmian pembukaan. 
Saya terpilih untuk berada dalam kumpulan 4.

Antara sub kem yang dikunjungi :
> Sungai Kejar
> Tanjung Satu
> Sungai Enam
> Pulau Pendidikan



2 hb Jun
-semua kumpulan bergerak ke  sub kem masing2
- kumpulan 4 memulakan perjalanan ke kem Sungai Kejar
-Perjalanan yang amat panjang, iaitu kira2 3 jam menaiki bot merentasi Tasik Banding
- Aktiviti :
.. water confident
.. rakit
.. night tracking
- pelbagai keindahan alam dapat dihayati serta diamati
- betapa indahnya ciptaan Allah SWT

3 hb Jun
- Persinggahan di Sungai Papan, Sungai Ruok, Perkampungan Orang Asli : melihat aktiviti penternakan ikan kelah , bunga Rafflesia serta kehidupan masyarakat orang Asli 
- sub kem Tanjung Satu
- Aktiviti : 
.. tracking dan penanaman pokok gaharu
.. perlawanan futsal
.. demo memasak nasi dalam buluh
.. demo pelbagai jenis perangkap dan jerat
.. biodiversiti 
- pengenalan terhadap pelbagai kenis pokok yang berada dalam hutan
- tindakan serta respon manusia terhadap alam sekitar



4hb Jun
- perjalanan ke Sub kem Sungai Enam
- aktiviti
.. rainwalker tracking
.. bengkel photography 
.. quiz
.. hiburan orang Asli
- pelbagai jenis flora dan fauna dapat dihayati
- pemupukan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar

5hb Jun
- perjalanan ke sub kem Pulau Pendidikan
- Aktiviti
.. cabaran 1 jam ( membuat kraftangan, masakan rimba & persediaan malam kebudayaan )
.. war game
.. malam kebudayaan
- penerapan terhadap kerjasama dalam kumpulan
- malam kebudayaan yang menyeronokkan dengan hiburan lagu-lagu pengakap
6hb Jun
-perjalanan pulang ke Bukit Merah Laketown Resort
- Aktiviti
.. pendaftaran pulang
.. lawatan ke Pulau Orang Utan
.. sesi bersama Tourism Malaysia
-kesedaran terhadap Orang Utan yang kian pupus
- pengetahuan tentang pemeliharaan Orang Utan

7hb Jun
- majlis perasmian penutup
-lambaian pengakap

Firman Allah yang bermaksud
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)


RENUNGAN TERHADAP KEINDAHAN
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )


Saturday, May 21, 2011

.:: EXAM MooD ::.

Salam Ukhuwah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sekadar selingan tentang EXAM MOOD 
Setiap daripada kita pasti pernah menghadapi peperiksaan..
Begitu juga saya, sehingga sekarang..
dan bermulalah perjuangan saya dan rakan-rakan bersama pen dan kertas soalan..
Mungkin buat sahabat IPT lain sedang menghabiskan masa CUTI..
Tapi tidak bagi kami yang bertarung dengan 
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..
Berikut saya nyatakan beberapa tips y berguna buat calon2 peperiksaan..

~1. semak jadual waktu 
Seperti biasa, pastikan tarikh, waktu dan tempat peperiksaan. perkara ini penting takut kalau-kalau ada kesilapan tarikh.

~2. jaga hati
Jaga hati boleh terdiri daripada pelbagai perkara. Antaranya membersihkan hati daripada sifat2 mazmumah dan menghindarkan maksiat. Amalan ini bukanlah hanya perlu ketika EXAM, tetapi SEPANJANG MASA.

~3. study smart
Setiap orang mempunyai cara pembelajaran sendiri. Ikut keselesaan masing-masing tetapi perlukan perancangan yang rapi dan teliti. Antaranya ialah pembahagian masa study, membuat nota ringkas, atau membuat perbincangan kumpulan @ study group.
~4. jaga kesihatan
Setiap pemikiran yang lahir daripada minda berasaskan kepada badan yang sihat. Badan yang sihat dapat melancarkan sistem peredaran darah dan menceriakan hari2 yang dilalui. Antara aspek yang perlu dilakukan ialah makanan seimbang dan senaman. Jangan dilupakan pengisian ROHANI.

~5. jaga emosi
Emosi juga memainkan peranan yang penting. Aspek ini perlulah selaras serta dapat dikawal agar kita tidak STRESS. Kita perlulah menjaga hubungan baik antara family, sahabat dan masyarakat.
~6. jangan terlalu mempercayai SOALAN SPOT
Hal ini seringkali menjadi bahan perencah kehidupan pelajar. Sememangnya soalan SPOT itu macam BEST. Tapi bayangkan kalau soalan yang ditarget @ di SPOT itu tidak keluar dalam EXAM. Oleh itu, sekadar saranan, ulangkaji secara keseluruhan dalam setiap subjek dan buat latihan melalui soalan SPOT. 
~7. sediakan peralatan yang lengkap
Peralatan lengkap merangkumi segala peralatan untuk menjawab peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam dan sebagainya. Bukan apa, kadangkala ada sahaja rakan yang perlu meminjam daripada sahabat lain ketika di dalam dewan peperiksaan. Tidakkah anda rasa terganggu ? atau rasa bersalah ? Langkah penyelesaiannya ialah dengan menyediakan perlatan yang lengkap sebelum tiba hari peepriksaan.
~8. kurangkan masa utk ONLINE kecuali mencari nota
ONLINE merupakan perkara yang seronok. Tetapi seringkali kita alpa ketika ONLINE. Cari bahan lain, tapi yang dilayan berjam2 perkara lain. Alangkah ruginya masa yang telah digunakan secara sia-sia. Tidak dinafikan saya juga begitu. Memang niat nak mencari nota, tapi menyimpang jauh untuk perkara lain. Jadi, sama-samalah kita berubah demi kebaikan.
~9. Berdoa dan bertawakal
Perkara paling penting dalam kehidupan insan di dunia ini. Segala yang kita lakukan adalah kerana ALLAH SWT, jadi teruskan dengan DOA agar segalanya dipermudahkan dan mendapat rahmat dari Ilahi. Tawakal juga janganlah dilupakan kerana kita perlu refleks diri bahawa segalanya adalah ketentuan-Nya.


Renungan BERDOA



عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
 أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ
وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَلْثِرُوا الدُّعَاءَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud
oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika itu."
Hadis sahih riwayat Muslim



Ya Allah, berikanlah kami rahmat dari sisimu dan sediakanlah petunjuk dalam menyelesaikan urusan kami, Amin

Sunday, May 15, 2011

.:: SELAMAT HARI GURU ::.

Salam ukhuwah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selamat Hari Guru ...
❤ღ(。◕‿◕。)ღ❤░H░A░P░P░Y░ (¯''•.¸* * ¸.•''¯) ░T░E░A░C░H░E░R░░D░A░Y░♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*¸.•*¨`*ི ྀღ •♫♪.
♥ [̲̅̅H̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅Y̲̅] [̲̅̅T̲̅][̲̅̅E̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅C̲̅][̲̅̅H̲̅[̲̅̅E̅[̲̅̅R̲̅] [̲̅̅D̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅Y̲̅] ♥

Selamat hari guru buat semua pendidik terutamanya guru2 yang pernah mengajar diri ini..
Sememangnya jasa dan pengorbanan guru memang tidak dapat dinilai dengan harta dan wang ringgit..
Setiap titik peluh dan penat lelah mereka dalam mendidik anak bangsa..
Special buat Miz Helmi Fazlin yang sangat dirindui,.walaupun dekat tapi jauh..
Semoga Miz bahagia dunia & akhirat..
Bermula dari Tabika sementara, SK Ulu Gali, SISP Kuala Lipis, SMK Clifford & SBPI Pekan ( INSTAR ).
Sememangnya zaman persekolahan memang tidak dapat dilupakan.
Pelbagai ragam dan kerenah yang terpaksa semua cikgu saya hadapi..
Terima kasih cikgu..!!
zaman Darjah 1-3

Darjah 4-6 

 Form 1-3

 Form 4-5

Terima kasih banyak2 buat semua cikgu ..
Sebab cikgulah saya dapat berjaya ke sehingga ke tahap ini..
Buat bakal guru, bersedialah dan berusahalah untuk menjadi pendidik, bukan setakat guru.. Didiklah anak murid dengan ilmu yang berguna di dunia & akhirat.. 

Buat anak didik pula, rajin2lah belajar dan patuhi setiap kata2 pendidik itu..
sekadar renungan MENUNTUT ILMU
 Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib atas

setiap orang Islam. Dan orang yang

meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti 

memberikan rantai

permata, mutiara dan emas ke

leher khinzir .

Hadis Riwayat Ibnu Majah


Semoga Allah memberkati hidup golongan para 


pendidik , Amin.






Sunday, May 8, 2011

.:: Hari IBU ::.

Salam ukhuwah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ibu..???

Mungkin post ni da gak lewat, tapi sekadar perkongsian mengenai Hari Ibu.
pada tahun ini, Hari Ibu diraikan pada tanggal 8 Mei 2011 @ lebih tepat ialah pada hari Ahad minggu kedua pada bulan Mei.
memang saban tahun tak tahu nak bagi hadiah y best tuk mak saya. Kami adik beradik bagi hadiah yang biasa macam kek, dan barang2 yang sesuai.
Tapi

Setelah beberapa hari selepas Hari Ibu, baru dapat info mengenai cara yang paling baik bagi seorang anak untuk meraikan Hari Ibu, iaitu dengan
berpuasa


MasyaAllah, tak pernah pun terfikir sampai macam tu sebelum2 ni. Nasib baik la dapat jgak info ni melalui sebuah rancangan TV3. Kalau difikirkan ikut logik pun, mmg itulah cara yang sesuai bagi setiap anak untuk meraikan IBU yang sangat istimewa dalam hidup ini.
Eloklah bagi setiap anak untuk berpuasa bagi ibu mereka. berikut disertakan doa buat Ibu.


Wahai anak-anak,
ingatlah jasa ibu bapa..
jasa ibu itu tiada tandingnya.
sungguh istimewa bagi mereka yang bergelar ibu..
Begitu mulia seorang ibu di sisi Allah SWT.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Pada saya, setiap hari dan sepanjang masa adalah saat-saat penting untuk menggembirakan mak.
Bukanlah pada tarikh-tarikh tertentu seperti Hari Ibu,.
Jadi, buat anak-anak, hargailah dan gembirakanlah hati IBU setiap dan sepanjang masa.



Mak, Alang sayang MAK.
"Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi. "