Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
lme tidak menulis sebarang entry ..
kali nih merupakan pengalaman pertama dalam hidup mengikuti jamboree Pengakap
Pengalaman mengikuti Jamboree buat pertama kali dalam hidup.. sangat2 bersemangat + ternanti2 saat menarik itu. Memang dari awal kami dimaklumkan y kami akan bertugas untuk membantu peserta2 luar Negara.
Sebenarnya, sejak sekolah dulu memang teringin menyertai Jamboree tapi tak dapat peluang memandangkan kawan2 lelaki hanya mementingkan kumpulan pengakap lelaki dan tiada peluang buat pengakap perempuan untuk sama2 join Jamboree.. memang sangat2 terkilan sebab terlepas saat2 Jamboree zaman sekolah. Sampai sekarang pun, masih tak dapat lupakan saat2 kena tinggal dengan kawan2 pengakap lelaki sebab pada fikiran mereka, perempuan menyusahkan nanti.
19hb Nov 2011
Kami berkumpul seawal jam 6 pagi untuk bertolak ke perhentian di Gerik. Di sana, kami akan menaiki bas bersama2 rakan pengakap Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seramai 11 orang dari IPG Kampus Ipoh dan 7 orang dari IPG Pulau Pinang. Tidak lupa seorang pensyarah yang sangat baik. Puan Mawar. Kami sarapan dan meneruskan perjalanan ke Terengganu. Sampai di Terengganu kira2 jam 2petang. Kami tidak sempat mendaftar, tetapi perlu menukar pakaian uniform lengkap untuk majlis perasmian. Selesai majlis itu, baru kami dapat mendirikan khemah di tapak bahagian petugas. Pada malam hari, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna aktiviti. Adam, Azlan dan saya bersama2 dalam kumpulan PINK. Tugasan pertama kami adalah : menghidangkan makanan bagi peserta luar Negara.
20hb Nov 2011
Kami berkumpul seawal 7.30 pagi di kawasan kantin peserta antarabangsa.
Perasaan masa ini :Keliru, serabut, & blurr
Bagi kumpulan PINK, kami akan mengikuti aktiviti lawatan jejak warisan dan aktiviti permainan tradisional. Pada waktu pagi, kami akan melawat ke tempat2 lawatan mengikut pembahagian bas yang dibahagikan mengikut nombor pada button lawatan. Kmai hanya mampu mengumpulkan kira2 20 peserta luar Negara yang akan mengikuti lawatan. Akhirnya, kami hanya mengikuti sesi lawatan sebagai peserta yang lain. Tetapi, setibanya di kawasan lawatan, kami perlu berada dalam kumpulan 10 orang. Oleh yang demikian, saya mengikuti sekumpulan peserta Indonesia dan 2 orang peserta Malaysia. Pengalaman menarik sebab dapat berkenalan dengan Bayu, seorang peserta dari Tanah Datar, Indonesia. Bayu banyak berkongsi pengalaman hidup yang mana dia masih lagi baru dalam aktiviti PRAMUKA ( PENGAKAP ) dan bercita2 tinggi dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, malahan dapat beramh mesra dengan 2 orang peserta Malaysia, iaitu adik2 sekolah rendah dari Kuala Lipis Pahang. Kebetulan pula telah berjumpa dalam JOTA JOTI di Kuala Lipis baru2 ini. Tak sangka jugak, y adik2 tu kenal rupanya. Selain itu, dapat jugak berjumpa dengan junior sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis. Tak sangka, ada jugak orang yang kenal kite kan. Berbual panjang dengan adik junior y lg tinggi dri akak senior & sekarang ni dalam Uppersix di SMKC. Bercerita tentang keadaan sekolah dan cikgu2 y masih ada di SMKC. Pengalaman menarik melawat ke Pasar Payang dalam keadaan hujan.
Aktiviti ke-2, iaitu permainan tradisional pada petang harinya. Kami bawa beberapa peserta luar Negara yang dpt kami kumpulkan masa itu. Kami membawa mereka ke kawasan permainan dan menerangkan aktiviti yang perlu mereka laksanakan. Selesai menguruskan mereka, kami melawat sekitar kem dan keluar ke karnival Jamboree.
Pada malam harinya, kami menghidangkan makanan buat peserta luar Negara. Seperti biasa, mesyuarat dijalankan pada setiap malam. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Negara masing2. Kak Hana dan saya ditugaskan bagi kawasan Medan Indonesia. Kawasan Medan merangkumi beberapa kumpulan seeprti Ponpes dan SMAP Medan. Terdapat 135 orang peserta dari Medan. Kami bertangunggjawab dalam menyampaikan sebarang maklumat dan menjaga kebajikan peserta dari Medan.
Antara pengalaman menarik sepanjang di Jamboree.
1. Reunion MRSC bersama kumpulan 4. Seronok dapat berjumpa Herry, Joe, Lokman dan berkongsi pengalaman sejak sekian lama tak jumpa lepas MRSC. Joe dengan gaya smart terkini, ajak kami makn bubur di kem kontinjen Kedah.
antara rakan yang diingati semestinya dari Medan yang terdiri daripada 135 orang. Antara yang dirindui ialah Kak Yulia, Ka'Mizi, Ka' Sani, Bayu, Mahima dan ramai lagi.
3. Perkenalan dan persahabatan sesama rakan pengakap IPG..
Semasa program ini, ditugaskan bersama2 K.hana. Masa ni baru dapat rapat dan kenal dengan K.Hana. Memang kami sangat seronok menjalankan tugas bersama2. Macam2 perkara terjadi dan 'perkara; itu yang mengeratkan hubungan dan akan kami ingat sampai bila2. Bergelak, bersedih, berpenat lelah sama2. Masa reunion INDABA dapat pulak jumpa dengan rakan IPG lain. sangat seronok.
No comments:
Post a Comment